5 Perkara Yang Tak Patut Anda Korbankan Kerana Cinta - Abang Terlajak Laris


5 Perkara Yang Tak Patut Anda Korbankan Kerana Cinta


Cinta yang kononnya diperjuang kalau lahir hanya berlandaskan kemahuan nafsu dan tanpa pertimbangan adalah sangat merbahaya. 5 perkara ini yang tidak patut anda korbankan di atas nama cinta.

1. Kebahagiaan diri sendiri

Kalau anda perhatikan drama TV sekarang, terlalu banyak kisah tentang hubungan yang merosakkan dipaparkan. Hubungan abusive seorang lelaki terhadap perempuan. Girls, jangan jadi bodoh ya. Jangan ‘hambakan’ diri kepada lelaki yang tidak tahu bagaimana menghormati seorang wanita. Ya, manusia mungkin boleh berubah. Akan tetapi janganlah memperbodohkan diri dengan menjadi setia kepada hubungan yang tidak sihat dan menolak kebahagiaan kamu sendiri.

2. Kebebasan diri

Kadangkala sesetengah pasangan sifat mengongkong dan clingy mereka mengalahkan orang yang sudah berkahwin! Come on, setiap orang perlukan ruang dan masa untuk lakukan apa-apa sahaja sendirian. Dan anda juga perlu bebas untuk membuat keputusan sendiri. Jangan kerana cinta kamu hanya menjadi pak turut, merelakan apa sahaja si dia buat keputusan walaupun sesetengah perkara dilakukannya anda tak suka. Jangan korbankan kebebasan diri kerana cinta.

3. Ahli keluarga & sahabat

Adalah satu perkara normal jika hubungan kamu terutamanya dengan rakan-rakan menjadi sedikit jauh bila sudahb berpasangan. Begitu juga dengan ahli keluarga, pastinya masa anda akan dibahagi-bahagikan antara mereka dan si dia. Tapi awas jika dia mula menunjukkan belang untuk memisahkan anda dengan mereka, berlalulah segera. Jangan kerana cinta anda nak korbankan hubungan antara keluarga dan kawan-kawan yang telah lama terbina.

4. Identiti diri

Pernah tak dengar orang cakap, “bila dah bercinta terus tak ingat dunia”. Mungkin itulah yang selalu kata-kata yang diberikan kepada orang yang seakan hilang arah tuju bila kemaruk sangat dengan cinta. Malah, mereka ini rela untuk tidak menjadi diri mereka dan mengikut sahaja apa yang pasangannya lakukan. Labih teruk kalau perubahan itu ke arah yang tidak sihat seperti terlibat dengan gejala negatif dan tak bermoral.

5. Cita-cita

Setiap individu memasang impian masing-masing. Dan sebenarnya hubungan cinta tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk anda menguburkan impian tersebut. Seorang pasangan yang baik harus memahami dan menyokong apa jua impian yang dicita-citakan oleh anda. Jika dia tidak serius malah memandang remeh akan cita-cita itu, tinggalkannya segera! Tak perlu anda terus setia dalam hubungan bersama orang yang tidak memahami impian orang lain.

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.