6 Alasan Cliché Lelaki Bila Nak Reject Perempuan Ajak Nikah - Abang Terlajak Laris


6 Alasan Cliché Lelaki Bila Nak Reject Perempuan Ajak Nikah


Dah jadi impian setiap wanita untuk mengakhiri kehidupan single mereka dengan lelaki yang dicintai. Tapi buka topik soal kahwin, mulalah macam-macam alasan yang lelaki berikan.

Nak tahu apa alasan popular mereka kalau nak elak daripada cerita pasal kahwin?

1. Tak sedia

Cliche. Ini antara alasan paling popular yang diberikan kalau nak elak daripada kahwin cepat. Bila lelaki kata belum bersedia, maksudnya mereka masih belum ready nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

2. Tak ada duit

Kalau benar-benar mereka dah berusaha untuk mengumpul duit tapi masih tak cukup lagi, then alasan ni boleh anda terima. Tapi, kalau mulut je cakap tak ada duit, perbelanjaan harian tetap nampak mewah, mungkin mereka memang tak bersungguh-sungguh untuk kahwin lagi.

3. Nak fokus kerjaya

Rajin bekerja tu bagus, tapi kalau kerjaya dijadikan alasan untuk tidak berkahwin rasanya alasan ni memang tak boleh pakai. Kenapa, kalau orang dah kahwin tak boleh jadi hebat dalam kerjaya ke?

4. Tak serasi

Jangan tak tahu yang dah bertahun-tahun bercinta pun bila cakap pasal nak kahwin, ada yang bagi alasan ‘kita tak serasi’. Sabar je la eh. Hiks!

5. Tak puas enjoy

Kalau pasangan masih muda, tak pelik jika mereka kata masih tidak puas untuk hidup bebas. Mana taknya, kehidupan berumah tangga ni tak sama macam hidup bujang. Mereka dah tak bebas untuk berjalan ke mana saja. Apa susah, bawa la anak bini sekali kan? 

6. Awak terlalu baik untuk saya

Biasa kan dengar alasan macam ni? Ya, kami pun tak tahu kenapa ada individu masih memberikan alasan cliche ini. Baik sangat salah, kalau jahat lagi la orang tak suka kan? Macam mana tu? 

Walau bagaimanapun, ini hanyalah beberapa alasan yang selalu diberi oleh pasangan, bila mereka belum mahu atau langsung tak nak kahwin dengan anda. 

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.