7 Sebab Air Kelapa Popular Di Kalangan Fitness Coach - Abang Terlajak Laris


7 Sebab Air Kelapa Popular Di Kalangan Fitness Coach


Salah satu minuman berkhasiat yang tak perlu nak test terlebih dahulu adalah air kelapa. Sebab itulah ia popular di kalangan jurulatih fitness. Nak tahu kenapa, haa ini sebabnya.

1. Semuanya Semulajadi

Air kelapa mengandungi banyak nutrisi dari tanah. Ini kerana pokok kelapa menyerap air dan elektrolit dari tanah melalui akarnya. Kemudian, semua nutrisi semulajadi itu diserap, ditapis lalu disimpan di dalam buah kelapa.

2. Elektrolit Itu Untuk..

Bercakap tentang elektrolit, ia sebenarnya adalah komponen penting dalam buah kelapa bagi memastikan badan terus terhidrat selepas bersenam. Penyerapan cecair yang maksimum mudah untuk menggantikan kehilangan air akibat bersenam.

Tidak seperti minuman penghidratan sukan yang ditambah garam mineral dan sebaiknya diambil oleh seseorang yang giat aktif, air kelapa pula sesuai untuk pengambilan semua orang untuk kembali segar!

3. Kelapa – Kurma Bergabung, Meletop!

Buah kurma bagus untuk mempercepatkan penghasilan tenaga, sebab itulah sunnah Nabi Muhammad SAW menyuruh kita yang mengamalkan 3 ke 5 butir buah kurma setiap hari. Buat tak? Hehe.

Apabila korang mengambil air kelapa pula selepas itu, ia akan membantu badan untuk mudah menyerap nutrien buah kurma yang kaya dengan glukosa dan fruktosa. Lebih bertenagalah badan korang untuk bersenam nanti.

4. Sihat Tip Top

Daripada korang ambil minuman berperisa manis, lebih baik korang ambil air kelapa yang diketahui dapat membantu menstabilkan tekanan darah jika ia diambil secara kerap.

6. Minum Secara Sejuk Pun Okay

Selalunya kita dengar, minuman suam seperti air kosong adalah lebih baik kerana ia membantu proses penghadaman makanan berbanding minuman sejuk. Namun dengan air kelapa, ia boleh diminum sejuk tanpa menjejaskan kelebihan penghidratannya. Sudahlah berkhasiat, tekak pun lega.

7. Tak Perlu Penat Mengupas Buah Kelapa

Halangan utama yang menyebabkan ramai enggan mengambil minuman kelapa adalah kerana kerja mengupas dan memecahkan buah kelapa. Susah tau bagi yang tak biasa!

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.