8 Cara Ini Anda Boleh Buat Untuk Isteri Seksi Di Mata Suami - Abang Terlajak Laris


8 Cara Ini Anda Boleh Buat Untuk Isteri Seksi Di Mata Suami


Sebenarnya banyak tip yang boleh isteri amalkan bagi memastikan rumah tangga kekal bahagia. Salah satunya ialah dengan tampil menggoda dan seksi di mata suami.

1. Bibir yang menggoda


Saat berada di rumah tidak salah untuk anda mengoles gincu saat berdampingan dengan suami. Paling membuatkan anda tampak seksi dan menggoda saat suami melihat anda mengenakan gincu di hadapannya. Tentu jantung suami berdegup melihat anda mengetap bibir ketika memakai gincu.

2. Kasut tumit tinggi


Menurut satu kajian dalam jurnal Archives of Sexual Behavior, kasut tumit tinggi dapat meningkatkan daya tarikan seorang wanita. Malah apabila wanita memakai kasut tumit tinggi postur badannya tampak seksi dengan jalan yang penuh berkeyakinan.

3. Rambut yang sikat rapi

Saat berada di rumah, pastikan rambut anda didandan rapi untuk tatapan suami. Jangan biarkan rambut anda kusut masai. Pastikan juga rambut dicuci selalu kerana bau harum pada rambut akan membuatkan nafsu suami bergelora saat suami menciumnya. Jika perlu buat rawatan untuk memastikan rambut anda kekal sihat dan berkilat.

4. Pakai baju pasangan

Mengikut satu kajian, wanita akan menampakkan dirinya seksi apabila dia memakai pakaian pasangannya. Ini merupakan perkara seksi yang patut isteri cuba agar suami tidak berkelip memandang anda.

5. Pakaian minyak wangi

Aroma minyak wangi tentu sahaja membuatkan anda tampak seksi sekali gus mampu menarik perhatian suami. Semburkan wangian yang segar, menggoda dan boleh menyenangkan suami saat anda berada di sampingnya. Jangan gunakan wangian yang berbau tengik sehingga membuatkan suami pening kepala dan menjauhkan dirinya daripada anda.

6. Pamerkan kulit yang halus dan sihat

Rajinkan diri dengan memakai losen agar kulit anda sentiasa mulus, halus dan sihat. Tentu sahaja suami akan tergoda apabila anda memiliki kulit yang cantik. Ambil kesempatan dengan menyapu losen pada tubuh di hadapan suami setelah anda mandi. Tentu sahaja suami jadi tidak keruan melihat gerakan tangan anda membelai dan menyapu losen pada tubuh anda di hadapannya.

7. Penampilan mengghairahkan

Goda suami anda di pagi hari dengan penampilan yang mengghairahkan. Pakailah baju tidur yang jarang dan seksi. Biarkan rambut anda mengurai dan belai suami anda dengan manja. Melihatkan tubuh anda dalam keadaan sebegini pasti membuatkan ghairah suami membara.

8. Jaga organ intim

Ini merupakan bahagian tubuh isteri yang paling penting dan dianggap seksi oleh suami. Pastikan organ intim anda dijaga dengan baik, sentiasa bersih, tidak berbau dan terhindar daripada penyakit kelamin. Jika ada sesuatu yang tidak kena dengan organ intim anda, segeralah berjumpa doktor. Jangan biarkan suami ada mengeluh kerana organ intim anda tidak dijaga dengan sempurna.

Sumber: Pengantin

No comments

Powered by Blogger.