Air Beras Hangus Petua Untuk Mak Beranak Kecil Hapuskan Rengat - Abang Terlajak Laris


Air Beras Hangus Petua Untuk Mak Beranak Kecil Hapuskan Rengat


Pernah dengar tak tentang sakit rengat selepas bersalin? Atau ada yang sedang mengalaminya sekarang?

Sakit rengat adalah di sebabkan darah yang terkumpul selama sembilan bulan di dalam merian bersama uri. Ini digelar ‘darah bantal’.

Jika tidak keluar sekali gus semasa proses kelahiran, darah ini akan menjadi beracun di dalam rahim ibu. Saiz darah ini berbeza-beza iaitu daripada sebesar penumbuk sehingga saiz lebih besar dan bertekstur lembik.

Bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri, maka berisiko mendapat sakit rengat. Menurut bidan, rasa sakit rengat adalah sama seperti kesakitan kontraksi hendak melahirkan anak.

Macam mana nak hilangkan? Ok anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Nurhidayah Mohd Zin‎.

Ni bukan kopi ya, ini air beras hangus untuk orang yang lepas bersalin anak kedua atau seterusnya. 

Selalunya selepas bersalin anak kedua mesti sakit yang amat sangat kat perut macam nak terberanak lagi rasanya. 

Alhamdullillah... petua omek den air beras hangit ni dapat mengurangkan bisa perut dalam bahasa aku sakit merengat. 

Kata mak, kalau anak kedua, 2 hari lah kau sakit. Anak ketiga, 3 hari lah kau menahan sakit tapi kalau minum air ni in sha ALLAH bekurang sakit lega perut.

PETUA LAIN UNTUK HILANGKAN SAKIT RENGAT

1. Sapu Minyak Panas

Guna sapuan minyak urut herba panas pada perut ibu dan kena rajin tuam menggunakan tungku batu atau botol berisi air panas. Ini bertujuan membantu pengeluaran ketulan darah beracun yang ada dalam rahim ibu.

2. Makan Ubat Panadol

Anda boleh makan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor. Biasanya, sebelum ibu keluar dari hospital, doktor ada membekalkan beberapa jenis pil termasuk panadol. Panadol adalah antara painkiller yang boleh ibu baru lepas bersalin amalkan.

3. Kunyit & Air Asam Jawa

Tumbuk halus kunyit hidup, campurkan bersama air asam jawa dan gula merah. Kacau rata dan minum. Boleh juga ditambah dengan telur ayam kampung. Minum selama tiga hari berlarutan atau sehingga sembuh.

No comments

Powered by Blogger.