Sambal Hitam Pahang, Sedap & Pedas! - Abang Terlajak Laris


Sambal Hitam Pahang, Sedap & Pedas!


Jom lihat resipi perkongsian saudari Ain Nazirah Roslan ni. Sangat mudah!


Bahan bahan:

Minyak masak
Belimbing buluh yang sudah direbus – secukupnya
1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan disukai)
1/2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
7 ulas bawang merah (5 ulas – ditumbuk, 2 ulas – dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (3 ulas -ditumbuk, 2 ulas – dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis *jika perlu
Garam & gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Kemudian tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.

3. Kemudian masukkan bahan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis) sekaligus. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga sambal hitam sedikit kering. 

5. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut/layu kemudian baru diangkat dan dinikmati.

Cara rebus belimbing buloh:

Belimbing buluh perlu direbus sekurangnya 4 jam sehingga kering dan kehitaman.Tidak perlu ditambah air lain. 30 gram garam kasar bagi setiap 1 kg belimbing mentah. Gunakan perkakas yang tebal atau yang pakai buang seperti tin minyak masak kerana asidnya akan merosakkan periuk atau kuali. 4 kg belimbing mentah boleh menghasilkan 1 kg yang siap direbus.

No comments

Powered by Blogger.