Bunga Betik Goreng Bersama Telur, Pahit-Pahit Sedap - Abang Terlajak Laris


Bunga Betik Goreng Bersama Telur, Pahit-Pahit Sedap


Kebanyakkan ramai yang kurang menggemari sayur atau jenis ulaman yang pahit, termasuklah bunga betik ni. Tetapi bunga betik ini bukan sahaja sedap untuk dibuat masakan.

Ini salah satunya resepi anda boleh cuba. 

BAHAN-BAHAN:

Bunga betik
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
Telur @ Ikan bilis (ikut selera masing2)
Air (untuk merebus)

CARA MEMASAK:

1. Rebus bunga betik selama 20-30 minit (air ikut kesesuaian). Rebus dengan ranting dia sekalipun tak apa sebab nanti bila dah masak bunga betik tu akan gugur dengan sendiri dari ranting dia.


2. Selepas rebus asingkan ranting bunga betik.


3. Toskan dan cuci dengan air sejuk. Masa cuci tu perah bunga betik untuk mengurangkan rasa pahitnya so, tak adalah pahit sangat bila makan

4. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak.

5. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

6. Masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit.

7. Perasakan dengan garam dan maggie secukup rasa atau aji no moto. Gaul sekata dan kacau 5-10 minit

8. Masukkan dua biji telur dan gaul sekata bersama bunga betik sehingga garing. Siap!


Kongsi resipi: ramaramapendek

No comments

Powered by Blogger.