Cara Mudah Buat Bawang Goreng Yang Lebih Rangup & Wangi - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Buat Bawang Goreng Yang Lebih Rangup & Wangi


Sebenarnya tak susah pun nak buat bawang goreng sendiri di rumah. Bahkan, lebih terjamin kebersihan dan bahan-bahannya. Tak payah beli lagi, rujuk saja langkah yang ditunjukkan oleh Puan Shida ini. Anda pasti boleh hasilkan bawang goreng yang sedap, wangi dan rangup!

1. Kupas
Mula-mula mestilah kena kupaskan kulit bawang putih dan bawang merah dulu.

2. Hiris
Kemudian, hiriskan nipis-nipis macam dalam gambar di bawah ini.

3. Gaul Dengan Garam
Seterusnya kita gaulkan dengan 1 sudu teh garam.

4. Masukkan Tepung Beras
Sekarang kita masukkan pula 2-3 sudu tepung beras. Gaulkan hingga merata ke semua bahagian bawang yang telah dihiris tadi.



5. Goreng
Gunakan guna minyak yang penuh supaya dapat menutupi semua bawang yang nak digoreng nanti. Tunggu minyak panas dan lepas itu, kita bolehlah gorengkan macam biasa. Guna api sederhana saja supaya bawang goreng betul-betul masak dengan rangup dan yang penting, tak cepat hangus. Tunggu hingga garing dan nampak keperangan macam dalam gambar di bawah ni.


6. Angkat & Tos
Bila dah nampak masak macam ni, bolehlah diangkat dan ditoskan untuk dibuang minyak berlebihan.

7. Sejukkan & Simpan
Akhir sekali, simpankan bawang goreng ke dalam bekas kedap udara. Jangan tutupkan bekas masa masih panas-panas ya, tunggu sejuk dulu baru simpan.

No comments

Powered by Blogger.