Cara mudah Buat Telur Sarang - Abang Terlajak Laris


Cara mudah Buat Telur Sarang


Ramai yang dah mencuba untuk membuat telur sarang tapi tak menjadi! Ikut cara ini untuk dapat telur sarang macam yang dipesan di kedai makan.

Bahan bahan


Telur sebiji
2 setengah sudu besar air 
Garam pink sikit kalau nak.
Minyak yang banyak .
Kuali

Cara cara

Panaskan kuali dengan api yang besar sangat, tuang minyak yang banyakkk. Biar sampai berasap (tipu je).

Kacau telur, masukkan air, kacau lagi dengan kelajuan angin membelah lautan sampai berbuih-buih telur uols.

Lepas tu tuang telur dalam minyak yang panas, tarik  mangkuk tu tinggi-tinggi setinggi Burj tower supaya telur tu jatuh dengan tali halus dalam kuali dan menghasilkan letusan gunung berapi lalu merebak ke seluruh minyak.

Tutup api besar/kecilkan api. Sila tunggu dengan sabar sambil buat air teh o boleh cicah biskut hupseng.

Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.

Terbalikkan lagi skali bila dah garing. Angkat dan toskan.

Kalau tak suka telur garing sangat, boleh reduce cooking time.

Sumber: Alia Ismail

No comments

Powered by Blogger.