Kipas Yang Berbunyi, Ini Cara Paling Jimat Untuk Baiki - Abang Terlajak Laris


Kipas Yang Berbunyi, Ini Cara Paling Jimat Untuk Baiki


Perkongsian masalah kipas oleh ‎Hadi Mamat‎, sebenarnya, penyeselain untuk masalah kipas berbunyi ini lagi mudah daripada membaiki kapasitor. 

1. Off kan suis kipas. Paling tidak 1 jam tak boleh jalan on atau pusing sebab bahagian enjinnya panas sangat. Nanti akan mengakibatkan susah untuk buat kerja. Salah langkah, boleh melecur. Pastikan anda guna sarung tangan jenis kain sebagai keselamatan. Nak lebih selamat, suis kipas dengan duct tape jika khuatir ada orang ter on kipas.


2. Cabut semua wire elektrik yang bersambung dengan supplier.

3. Buka bilah kipas untuk memudahkan anda membuat kerja sama ada untuk turunkan maupun pasang semula.

4. Cabut safety cable.


5. Buka skru penutup bahagian kepala kipas.

6. Letak minyak hitam kereta yang baki servis kereta pada bahagian bering yang terdapat ditengah-tengah kipas. Terbalikkan supaya minyak rata.


7. Cuba pusingkan bahagian kepala kipas tersebut sehingga hilang bunyi bising.

8. Lapkan lebihan minyak sebelum pasang semula kipas.

Sumber: Impiana

No comments

Powered by Blogger.