Koleksi Gambar Anak Anak Abah Majlis Cukur Jambul, Aqiqah Tahnik Yusoff AlQardawi - Abang Terlajak Laris


Koleksi Gambar Anak Anak Abah Majlis Cukur Jambul, Aqiqah Tahnik Yusoff AlQardawi


Petikan Astro Gempak,

Majlis cukur jambul, akikah dan tahnik bayi jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri diadakan dengan sangat meriah di kediamannya semalam.

Menggunakan khidmat pereka tersohor Datuk Rizalman, pelamin buat anaknya, Yusoff Al-Qardawi itu direka sangat mewah dan elegan.

Aliff Syukri dan juga isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut mengenakan busana serba putih bak pasangan raja sehari rekaan dari Rizalman pada hari tersebut.

Menerusi akaun Instagram (IG) Aliff, dia berkongsi video kemeriahan sepanjang majlis tersebut.

Dari entri yang sama, Aliff memberitahu sebab mengapa dia adakah majlis sebesar itu.

Menurut Aliff dia mahu anak-anaknya nanti tahu bahawa dia sentiasa mahu yang terbaik untuk keluarganya.

Aliff juga berharap agar anak-anaknya nanti menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.





No comments

Powered by Blogger.