Makeover Tandas Lama Jadi Baru Dengan Mudah & Jimat - Abang Terlajak Laris


Makeover Tandas Lama Jadi Baru Dengan Mudah & Jimat


Perkongsian oleh Khairunnisa Baharin,

Assalamualaikum semua, nak share dgn kawan kawan yang nak makeover toilet lama dengan bajet ciput. Kalau nak tukar tiles baru, confirm harga ribu ribu. Jadi kami makeover dengan mengecat dan wallpaper. Jimat duit. Tapi of course tukar tiles lebih tahan lama. Idea ni bagi mereka yang nak cepat dan kekurangan bajet seperti kami.

STEP 1
Cari protective coatings macam gambar ni. Campurkan dua bahan ni then terus sapu ke tiles. Tiles akan jadi sticky dan melekit seperti gam.


STEP 2
Lepas dah sapu coating tadi, sapu cat macam biasa. Ikut lah nak warna apa pun. Belah kiri cat untuk lantai warna dark grey, tong kanan cat putih untuk tiles dinding. Kami pakai lebihan cat rumah tahun lepas.


Tunggu cat kering ye.


STEP 3
Lepas cat dah kering, last sekali sapu sealer ni. Tujuannya supaya cat tak mudah tercabut. Sapu 2,3 kali pun takpa. Then last skali yang bercorak tu kita tampal wallpaper. Siap!


SEBELUM : Toilet rumah lama je, yang mana ade lubang-lubang tu boleh tutup dulu dengan cement grout warna putih.


SELEPAS : Rupa bila dah di cat. Lantai dan dinding cat, yang bercorak tu wallpaper.

No comments

Powered by Blogger.