Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Makin Meningkat, Ibubapa Kena Berjaga Jaga! - Abang Terlajak Laris


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Makin Meningkat, Ibubapa Kena Berjaga Jaga!


Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan 11 Julai 2018,  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan bilangan kes penyakit HFMD di Malaysia. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 27,296 kes berbanding hanya 21,303 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 28%. Bilangan kes di 12 buah negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak. Paras amaran adalah purata bilangan kes HFMD untuk lima (5) tahun kebelakangan dan nilainya berbeza-beza mengikut bilangan kes HFMD bagi setiap negeri.

KEPADA IBU BAPA/ PENJAGA ANAK YANG DIJANGKITI HMFD

1. KKM juga ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya:

2. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;

3. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.


AMALKAN MENCUCI TANGAN

1. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

2. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin; dan

3. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

Sumber: kpkesihatan.com

No comments

Powered by Blogger.