Petua Elak Ikan Keli Supaya Tak Meletop Ketika Digoreng - Abang Terlajak Laris


Petua Elak Ikan Keli Supaya Tak Meletop Ketika Digoreng


Menerusi perkongsian saudari Dalila Haslan, beliau kongsikan cara beliau menggoreng ikan keli dengan sempurna. Anda mungkin boleh cuba. 

Nak share sikit, petua masak ikan Keli atau sembilang tak letup-letup dalam kuali. Ikan pun cantik, garing dan tak melekat pada kuali.

Petuanya, bila minyak dah panas, masukkan sedikit tepung gandum. Kemudian baru masukkan ikan. Ulang setiap kali nak masukkan ikan yang nak dimasak. InshaAllah kalau guna petua ni dah tak perlu lari-lari nak elak kena minyak panas, tak perlu tutup dan dapur pun bersih je, tak percaya, try Terima kasih mak mertuaku share petua.

No comments

Powered by Blogger.