Sekitar Gambar Majlis Cukur Jambul, Aqiqah Tahnik Yusoff AlQardawi, - Abang Terlajak Laris


Sekitar Gambar Majlis Cukur Jambul, Aqiqah Tahnik Yusoff AlQardawi,


Petikan Sinar Harian

Sempena majlis cukur jambul, aqiqah tahnik putera Datuk Aliff Syukri, Yusoff  AlQardawi yang bakal berlangsung malam ini, jutawan kosmatik terkenal ini telah menggunakan khidmat pereka terkenal, Rizalman Ibrahim menerusi Glamwedding untuk menatarias dekorasi majlis.

Rizalman menerusi laman Instagramnya turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan dekorasi hasil sentuhannya untuk majlis pada malam ini.

“Sebenarnya cerita dia macam ni. Dulu memang Dato Seri @aliffsyukriterlajaklaris ni cuba panggil i buat ID rumah dia, tapi bila dengar harga dia terus tak sedarkan diri 7 hari 7 malam.
“Jadi setelah mendapat asakkan dari netizen yang mahukan sentuhan saya, maka dengan adanya kelahiran bayi baru beliau bersama @shahidadherbs, maka dengan keadaan terketar-ketar mereka berjaya juga mendapat khidmat cikgu ID ni akhirnya.
“Besok cikgu Murnificent nak hadir diri di majlis cukur jambul serta tahnik ini seraya memberi doa kepada anak kecil @yusoffalqardawi sambil berkata Well.. Well.. Welll.… decor by @glamweddings,” tulisnya pada status yang dimuat naik semalam.

Dekorasi yang bertemakan  Versailles Bed Chamber sentuhan Rizalman ini telah mendapat perhatian dan pujian ramai netizen yang rata-ratanya mengkagumi idea dan kreativiti pereka terkenal ini.

Pada malam ini, Datuk Seri Aliff dan isteri akan mengadakan majlis cukur jambul, aqiqah tahnik putera mereka, Yusoff  AlQardawi, serentak dengan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri.











No comments

Powered by Blogger.