Tanda Tanda Badan Anda Kekurangan Air - Abang Terlajak Laris


Tanda Tanda Badan Anda Kekurangan Air


Tahukah anda, jika badan anda kerap kekurangan air, ada banyak kesan jangka masa panjang yang boleh memudaratkan! Ia bukan saja boleh memberi efek kepada berat badan anda, malah ia juga mengancam nyawa.

Antara tanda-tanda ringan bagi dehidrasi ialah:

Kepenatan, rasa mengantuk
Sakit kepala
Sembelit
Pening
Perubahan mood, rasa cepat marah, peningkatan rasa gelisah
Mata tenggelam
Kulit berkedut
Kekejangan otot
Sakit sendi

Lagi teruk kekurangan air dalam badan, lagi teruklah tanda-tandanya. Kalau anda mengalami simptom sebegini, cepat pergi ke hospital!

Antara tanda-tanda berat adalah:

Tekanan darah yang rendah, dengan denyutan jantung pantas
Demam
Tak sedarkan diri, hilang pertimbangan
Cirit-birit atau muntah-muntah teruk
Kepayahan untuk menelan cecair

No comments

Powered by Blogger.