Tiada Masa Nak Tumbuk, Ini Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar - Abang Terlajak Laris


Tiada Masa Nak Tumbuk, Ini Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar


Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ini ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:

5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
Belacan – banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat – perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi – ambil jus
2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.

2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.

3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.

4. Sedia untuk dinikmati.

No comments

Powered by Blogger.