Wanita Jangan Ambil Mudah, Ini Tanda Besar Dinding Rahim Anda Dah Keluar! - Abang Terlajak Laris


Wanita Jangan Ambil Mudah, Ini Tanda Besar Dinding Rahim Anda Dah Keluar!



Perkongsian Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Siti Aishah.


"Kak Ice... saya rasa saya dah keluar tombong. Sebab selepaa bersalin saya rasa macam ada benda terkeluar dari faraj saya.

Sampai suami pun tegur pasal isi yang terkeluar. Malu saya."

Pernah dengar?

Atau...

Pernah terkena begini?

Selalunya Kak Ice akan suruh yang bertanya tu pergi meruang. Masukkan jari ke dalam saluran faraj. Dan sememangnya jari mereka boleh masuk!

So kalau boleh masuk tu, maksudnya pangkal servik awak belum terkeluar tombong lagi.

So apa yang terkeluar tu?

Itulah dinding dalam faraj yang telah terkeluar. Ia tidaklah seteruk vaginal vault prolapse, dimana keseluruhan dinding rahim terkeluar tetapi ia tetap tampak secara fizikal apabila ada lebihan daging yang terkeluar lebih2 lagi ketika mencangkung dan berdiri.

Keluluran dinding rahim sudah menjadi penyakit buat ibu muda zaman sekarang. Meskipun ia tidaklah merbahaya, ia menjadi satu perkara yang memalukan buat si wanita terhadap suaminya.

Dinding rahim yang terkeluar ini boleh berlaku kepada ibu bersalin normal dan juga secara pembedahan.

Ini kerana si ibu tidak menjaga dan merawat kembali kekuatan otot pelvik ketika dalam pantang.

Otot pelvik yang tenat ketika prosea meneran bayi dan juga yang luka ketika proses pembedahan tidak diberi kerehatan sepenuhnya. Inilah yang boleh mengakibatkan dinding farah terkeluar.

Antara aktiviti yang mengakibatkan keluluran dinding rahim ialah:-

1. Proses bersalin yang lama dan trauma

2. Mengangkat benda berat ketika dalam pantang

3. Bangun secara sit up ketika berbaring di dalam pantang.

4. Banyak mencangkung ketika dalam pantang.

5. Bersila, berjalan hentak kaki ketika dalam pantang.

6. Melakukan senaman yang banyak melompat, menggunakan otot perut ketika dalam pantang.

7. Berjimak dalam tempoh berpantang.

8. Tidak amalkan rendaman faraj, bertangas dan amalan jamu rapat pada hari ke 30 sehingga hari ke 44 dalam pantang.

No comments

Powered by Blogger.