4 Perubahan Badan Ketika Usia Mencecah 30 Tahun - Abang Terlajak Laris


4 Perubahan Badan Ketika Usia Mencecah 30 Tahun


Bila usia anda sudah mencapai 30 tahun, ada beberapa perubahan yang akan anda lihat dan ia sungguh menakutkan. Ini antaranya:

1. Peralihan Prestasi Sukan Anda

Keupayaan untuk membina otot selepas usia 25 mula menurun. Ini kerana badan anda tidak dapat membawa oksigen ke otot pada kadar yang sama tinggi. Jangan bersedih, jika anda kerap bersenam, umur bukan penghalang untuk anda. Namun, jika anda baru untuk memulakan senaman pada umur ini, mungkin ia akan sedikit perlahan dari zaman remaja.

2. Peralihan Prestasi Seksual Anda

Jika anda berkahwin pada usia muda, mungkin anda akan berpeluang untuk melihat perubahan ini. Jika anda berkahwin setelah 30 tahun, abaikan bahagian ini. Sama seperti usia anda, pengeluaran testosteron menurun, dan keupayaan anda juga tidak sama. Sebaliknya, tahap ketahanan seks anda akan berkurangan. Jangan kaitkan ini dengan kecenderungan anda mati pucuk. Ingatlah bahawa kurang dalam tenaga malam anda hanya sebahagian daripada usia anda. Jika kes ini berlarutan, barulah anda boleh kaitkan dengan mati pucuk.

3. Metabolisme anda mula lemah

Sekiranya anda berat badan anda lebih daripada BMI yang ditetapkan kurang dari umur 30 tahun, anda berkemungkinan besar untuk menghadapi masalah pada usia 30. Ini kerana anda telah kehilangan jisim otot. Metabolisme yang kuat mampu melewatkan penuaan usia, yang bermaksud bahawa anda tidak akan dapat makan sebanyak dan mengekalkan badan yang sama setelah metabolisme anda menurun ketika usia meningkat.  Ini kerana proses pembakaran kalori anda akan mula lemah. Antara tip untuk menaikkan metabolisme anda dikala usia meningkat adalah dengan banyakkan minum air. Penyelidikan menunjukkan bahawa minum 16 auns air masak dapat meningkatkan metabolisme selama kira-kira setengah jam dalam masa 10 minit tegukkan air anda.

4. Anda menjadi kurang fleksibel

Otot anda mula kejang dalam tempoh ini. Jika anda tidak kerap bersenam dan melakukan renggangan ringkas setiap kali anda bangun tidur, ini akan menjadikan badan anda sedikit liat dimamah usia. Otot dan tulang anda sudah mula tidak boleh berfungsi dengan aktif kerana sistem dalaman badan anda sudah mula menurun. Jadi, apa kata kalau sambil-sambil anda bekerja tu, anda lakukan senaman ringan, ataupun anda bangun tidur dan lakukan sedikit stretching agar otot anda sedikit bekerja.

Sumber: Maskulin

No comments

Powered by Blogger.