Cara Mudah Buang Lemak Dalam Sup - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Buang Lemak Dalam Sup


Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.

Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Sendok harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.

LANGKAH-LANGKAH:

Mula-mula rebus daging tau tulang dengan air biasa hingga empuk.

Selepas itu asingkan daging dan tulang.  Sejukkan sup seketika.

Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak mangkuk di permukaan sup (sila rujuk gambar) beberapa minit kemudian kita akan nampak hasilnya iaitu lemak-lemak membeku dan melekat pada mangkuk.

Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.

Selalunya sebelum kita memasak sup kita akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau  tulang.

Kredit: Nileya Nazri

No comments

Powered by Blogger.