Hasilkan Sendiri Sosej Ayam, Sedap & Bersih!


Perkongsian oleh ‎Sabariah Hussain,

Bahan-bahan A:

Isi ayam bahagian dada dua
Bawang
Telur 
Carrot

Kisar semua bahan diatas.


Bahan bahan B:

3 sudu tepung ubi
1 sudu kecil garam
Lada hitam sikit
Lada putih sikit

Cara cara:

1. Masukkan bahan A dalam bekas, dan gaulkan dengan tepung ubi 3 sudu, lada hitam dan lada putih.
2. Masukkan dalam plastik piping, dan picit masuk dalam plastik aiskrim.
3. Ikat dan kukus 10 minit.
4. Bila dah sejuk, buka dari plastik aiskrim dan sejuk bekukan.

No comments

Powered by Blogger.