Pengat Bebola Durian Buat Sendiri, Mudah & Sedap Buat! - Abang Terlajak Laris


Pengat Bebola Durian Buat Sendiri, Mudah & Sedap Buat!


Resepi yang dikongsikan Puan Nurhazirah M.Yunus,

1. Buang biji dan lenyekkan isi durian.

2. Gaulkan isi durian tadi dengan tepung pulut. Jangan tambah air ya. Nanti tak rasa manis durian. Guna tepung pulut, bukan tepung gandum atau tepung beras.


3. Isi durian dan tepung pulut tadi. Gaul sampai jadi doh, asal tak lekat kat tangan tu maknanya dah jadi.

4. Dah siap, bentukkan bulatkan kecil


5. Dah siap.

6. Didihkan air, kemudian masukkan bebola durian tadi. Tapi pastikan air betul-betul panas dan menggelegak ya.

Dah siap, kalau nak tahu tepung tu dah betul-betul masak, masa dia duduk dalam air yang menggelegak tadi, dia akan timbul kat atas permukaan air. Masa tu dah boleh angkat.

Sekarang buat kuah dia. Masukkan santan dalam periuk. Kalau pakai santan kotak, letak separuh je. Tambah air sikit jangan bagi pekat sangat. Letak lah dua helai daun pandan nak kasi kuah tu wangi, gunakan api perlahan ya. Jangan bagi santan tu menggelegak.

Kemudian, masukkan 2 ulas durian untuk perasa yang sangat kuat kat dalam kuah tu. Nak guna lebih pun boleh, tak ada masalah tapi nanti kuah tu akan jadi sangat pekat.

Masukkan gula merah.. Nak letak gula melaka pun boleh.


Akhir sekali, masukkan bebola durian yang kita dah masak awal tadi.. Gaul rata, bagi dia mendidih manja-manja dan lepas tu. Dah boleh hidang.

No comments

Powered by Blogger.