Rahsia Cara Masak Sotong Goreng Kunyit Supaya Tak Kecut, Kekal Pejal & Bulat - Abang Terlajak Laris


Rahsia Cara Masak Sotong Goreng Kunyit Supaya Tak Kecut, Kekal Pejal & Bulat


Perkongsian oleh Yatie Kitchen,

“Cara saya masak Sotong Goreng Kunyit. Panaskan kuali tanpa minyak tau! Ingat tanpa minyak…Kuali dah panas, masuk Sotong terus dan masuk kan serbuk kunyit 1 sudu kecik.”

“Kacau sebati serbuk kunyit dan sotong , sotong akan keluarkan air yang banyak dan akan kering sendiri tapi sotong tak akan kecut sebab masa mula-mula kita masak tak masuk minyak.”

“Agak air sotong dah kering baru masuk minyak sikit, hirisan bawang besar, bawang putih, halia & cili padi ketuk.”

“Masuk garam & secukup rasa & last taburkan daun sup”

“Api besar & kacau sebati tutup api cepat!! Supaya sotong kekal pejal & bulat.

Menurut Yatie lagi, cara ini bukan sahaja untuk memasak sotong, malah apa jua benda yang mengeluarkan air, seperti daging goreng kunyit juga boleh menggunakan teknik ini.

No comments

Powered by Blogger.