Tangan Kidal IQ Tinggi, Ini 11 Lagi Fakta Menarik Anda Kena Tahu!


Sebenarnya, tidak ramai yang dilahirkan kidal. Mereka terdiri daripada 15 peratus populasi dunia dan dianggap unik serta kreatif. Menurut kajian, kemahiran motor kanak-kanak berkait rapat dengan fungsi otak.

Otak besar manusia terdiri daripada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan. Otak kanan berfungsi mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri bertanggungjawab mengawal bahagian kanan badan. Namun bagi anak kidal, fungsi otak kanannya berkembang lebih baik dan dominan berbanding otak kiri.

Selain itu, otak kiri juga berperanan mengawal kemampuan berbahasa, bercakap, menulis dan semua perkara berkaitan tata bahasa. Sementara otak kanan pula berfungsi mengatur kreativiti, keupayaan persepsi, pengenalan dimensi ruang, situasi, waspada dan tumpuan.

Bagi kanak-kanak kidal, kecenderungan mereka menggunakan tangan kiri boleh dilihat seawal usia dua ke tiga tahun. Ketika ini, kemahiran motornya sedang berkembang dan akan menunjukkan bahagian mana yang lebih dominan. Sifat kidal akan lebih ketara ketika kanak-kanak mencapai usia lima tahun. Ini 12 fakta menarik mengenai tangan kidal. 

1. 15 peratus daripada penduduk di seluruh dunia ini adalah bertangan kidal.

2. Bilangan lelaki kidal adalah dua kali ganda berbanding wanita.

3. 20 peratus ahli MENSA (sebuah organisasi bagi individu yang mempunyai IQ tinggi) adalah di kalangan orang kidal.

4. Kebanyakan individu kidal ini mempunyai deria pendengaran yang baik dan kerana itu, mereka mempunyai kelebihan dalam bidang muzik.

5. 40 peratus daripada pemenang pingat emas acara tinju dimenangi oleh golongan kidal.

6. Kebanyakan individu yang berpendidikan tinggi, sebanyak 26 peratus lelaki kidal adalah lebih kaya berbanding lelaki yang menggunakan tangan kanan.

7. Jika kedua ibu bapa adalah kidal, kebarangkalian untuk anak-anak mereka bertangan kidal adalah tinggi.

8. Sebahagian besar kucing betina adalah right-handed, sedangkan kucing jantan kebanyakannya adalah kidal.

9. Orang kidal juga lebih baik dalam menerima rangsangan, jadi tak hairanlah kelebihan ini dapat membantu mereka hebat dalam permainan video.

10. Wanita berumur yang mengandung lebih berpotensi untuk mendapatkan anak yang bertangan kidal.

11. Individu kidal menggunakan tangan kanan lebih kerap berbanding individu tangan kanan, menggunakan tangan kiri. Hanya 50 peratus individu kidal yang memegang tetikus komputer menggunakan tangan kiri.

12. 4 daripada 5 orang yang membangunkan MacBook adalah terdiri daripada individu kidal.

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.