Gambar Sekitar Sidang Media Gegar Vaganza 2018 (GV5) - Abang Terlajak Laris


Gambar Sekitar Sidang Media Gegar Vaganza 2018 (GV5)



Petikan Utusan Online;

Penyanyi dangdut popular, Amelina serta kumpulan pop wanita terkenal, Elite menjadi peserta yang akan menyahut cabaran dalam program popular, Gegar Vaganza (GV) musim ke-5 yang bakal memulakan siaran pada 30 September ini.

Selain Amelina dan kumpulan Elite, GV5 terbitan Astro juga menampilkan peserta solo lain iaitu Hetty Sarlene, Farahwahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Safura Yaacob, Maya Matahari, Zamani (Slam) serta Shafie (Rio).

Sementara kumpulan dan peserta duo lain yang juga disenarai pendek ialah Billy Zulkarnain dan kumpulan Forteen.

Dalam pengumuman yang dibuat sebentar tadi, Astro turut mengumumkan, program berkenaan masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara sementara kerusi juri tetap masih disandang oleh Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu.

GV5 yang ditaja oleh D’Herbs dan Cuckoo menawarkan pemenang berupa hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi.










No comments

Powered by Blogger.