Cara Amalkan Pokok Genggam Fatimah Untuk Memudahkan Proses Bersalin - Abang Terlajak Laris


Cara Amalkan Pokok Genggam Fatimah Untuk Memudahkan Proses Bersalin


Pokok genggam atau Sanggul fatimah (orang arab panggil kaf maryam)

Khasiatnya:

Untuk membuka pintu rahim
Untuk memudahkan proses dan melancarkan bersalin (dengan izin Allah)

Cara Guna:

1. Rendam semalaman atau 1-3 hari di dalam bekas berisi air biasa. 
2. Air rendaman tu dijadikan air selusuh.
3. Sanggul Fatimah ini akan mengembang.. 
4. Air rendaman tu biar berlebihan tak apa, untuk diminum jangka masa yang panjang.

JANGAN RENDAM DENGAN AIR PANAS ATAU DIREBUS.

Dipercayai akan mengecutkan rahim dan menutup pintu laluan.

INI AKAN MENYUKARKAN PROSES BERSALIN ITU NANTI.

Ketika kandungan berusia 38 minggu, minum segelas sehari dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.

Ketika kandungan berusia 39 minggu ( 9 bulan ) minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.

Ketika dah keluar tanda, mandi dengan membasahkan kepala. Dan Jiruskan air rendaman ni di kepala, hisaplah air yang mengalir itu sambil berdoa :

" Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini.. Amin.. "

Semasa menunggu construction atau sudah di dalam labour room, minumlah sekerap yang mungkin.

Sumber: Abi Chai via Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.