Hidup Rasa 'Kosong', Saya Takut Hanyut Dalam Duit - Abang Terlajak Laris


Hidup Rasa 'Kosong', Saya Takut Hanyut Dalam Duit


Artikel daripada Mstar Online

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengakui mula berasa bosan dengan dunia glamor yang dikecapinya sejak terlibat dalam industri hiburan.

Menurut Aliff, sudah sampai masanya untuk beliau memperlahankan penglibatannya dalam industri seni terutamanya dengan imej 'gila-gila' seperti yang dikenali umum.

"Sebenarnya dalam tempoh beberapa bulan ini saya telah didatangi perasaan yang meminta supaya lebih merendah diri dan jangan terlalu kedepan dalam dunia hiburan.

"Saya menangis dalam solat dan terfikir yang saya perlu kurangkan membuat perkara yang tidak baik dan sebaliknya perlu mendekatkan diri dengan Allah.

“Umur juga sudah lanjut dan sebenarnya saya sendiri tak sanggup lihat apa yang anda tonton mengenai sikap saya di televisyen, katanya kepada mStar Online.

Aliff dedah hidupnya terasa 'kosong'

Penyanyi lagu Bobo Dimana ini ditemui pada sidang media konsert minggu keempat Gegar Vagansa musim ke-5 yang berlangsung pada Ahad.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Aliff, 30, berkata dia sedar dan tidak mahu hanyut dalam kesenangan yang dikecapinya selama ini.

"Saya sudah berada dalam industri kosmetik lebih daripada 10 tahun, sudah sampai satu tahap saya dah rasa tak seronok keluar TV.

“Sebelum ini saya terlalu hanyut dengan keseronokan, kehidupan saya sudah ada segala-galanya tapi saya kosong,” tambah Aliff.

No comments

Powered by Blogger.