'Saya Mahu Kekalkan Dia Minggu Hadapan, Saya Menggunakan Imuniti Saya' - Abang Terlajak Laris


'Saya Mahu Kekalkan Dia Minggu Hadapan, Saya Menggunakan Imuniti Saya'


Petikan mStar Online

Penyanyi Zamani yang sepatutnya tersingkir dalam Gegar Vaganza ke 5 (GV5) pada Ahad bernasib baik kerana memperoleh imuniti daripada penaja, Datuk Seri Aliff Syukri.

Pengasas D'Herbs itu berbuat demikian kerana mahu mengekalkan Zamani yang disifatkan berpotensi walaupun dia tidak membuat persembahan pada minggu kelima GV5 atas faktor kesihatan.

"Saya mahu kekalkan dia minggu hadapan, saya menggunakan imuniti saya," kata Aliff.

Pengumuman itu mendapat sokongan peminat yang mulanya agak terkejut apabila Zamani hanya diam kaku ketika gilirannya menyampaikan lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta'.

Dalam pada itu juri tetap, Datuk Ramli MS berkata, dia menyedari Zamani mempunyai masalah suara sebelum malam latihan dan sudah diminta membuat pemeriksaan doktor.

“Zamani memang sudah sakit dan peti suara dia betul-betul dah koyak sebelum malam sesi latihan lagi. Saya dah cuba turunkan not lagu tersebut namun dia masih tidak boleh menyanyi.

“Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi dia tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk,” katanya kepada mStar Online.

Dalam persaingan minggu kelima GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad, Zamani gagal membuat persembahan kerana tidak sihat.

No comments

Powered by Blogger.