Petua Nenek Air Halba Jintan Manis - Abang Terlajak Laris


Petua Nenek Air Halba Jintan Manis


Perkongsian oleh Cik Puan Ammy,

Bahan Bahan:

1 Sudu besar jintan manis
1 Sudu kecil halba
3 Cawan teh air kosong

Cara Cara:

1. Rebus semua bahan di atas itu dalam 5 minit dan minum suam-suam. “Macam Ammy masuk dalam microwave je. Dalam dua ke tiga minit sebab takut air kering.

2. Nanti masa nak minum suam-suam perahkan dengan sedikit lemon. “Tapi Ammy tak perah lemon sebab tak hilang rasa rempah ratus itu. Ammy guna limau kasturi.

Nak Lebih Mujarab, Ikut Cara Ini:

√     Yang Ammy kongsi ini cukup untuk minum pagi dengan malam. Belah pagi ambil sebelum makan dan belah malam, minum sebelum tidur. Nanti badan jadi ringan je.

√     Satu lagi.. masa nak minum baru perahkan limau tu tau. Jangan perah masa proses.

√     Dan jangan simpan air halba jintan manis ini. Benda ini tak boleh simpan, nanti rasa dia tak sedap. Jadi membazir.

No comments

Powered by Blogger.