Tiada Di Konsert Gegar Vaganza Minggu Lepas, Bukan Sebab Merajuk - Abang Terlajak Laris


Tiada Di Konsert Gegar Vaganza Minggu Lepas, Bukan Sebab Merajuk


Petikan Portal Rotikaya,

Pada konsert separuh akhir Gegar Gavanza Ahad lalu, ketiadaan Datuk Seri Aliff Syukri yang juga selaku penaja utama program tersebut menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Bagaimanapun, Aliff memberitahu beliau sememangnya mahu hadirkan diri tetapi isterinya, Datin Seri Nur Shahida melarang berbuat demikian ekoran kontroversi melandanya sebelum ini.

“Saya memang nak pergi, namun pihak pengurusan iaitu isteri dan konsultan yang lain menasihatkan supaya saya tidak datang. Ketiadaan saya di GV semalam bukan disebabkan saya merajuk, sebaliknya saya hanya mengikut arahan daripada pihak pengurusan.

“Untuk konsert final, saya akan ikut apa kata pengurusan saya. Kalau isteri benarkan saya pergi, barulah saya akan pergi,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Terdahulu, Aliff dihentam teruk kerana memanggil seorang hadirin dengan gelaran wanita hodoh. Tindakannya itu menerima kecaman ramai bukan saja dari netizen malah beberapa selebriti tempatan. Bagaimanapun, Aliff sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akuan Instagram miliknya.

No comments

Powered by Blogger.