Wajah Dato Aliff Syukri Mirip Pelakon Kacak Thailand? - Abang Terlajak Laris


Wajah Dato Aliff Syukri Mirip Pelakon Kacak Thailand?


Petikan Rotikaya,

Nampaknya nama Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan warga Twitter apabila seorang pengguna yang menyamakan wajah pengasas d’Herbs itu mirip dengan seorang pelakon kacak Thailand, Sattaphong Phiangphor.

Rata-rata netizen mengakui bahawa wajah pelakon Thailand itu mempunyai persamaan dengan wajah Aliff Syukri. Ada juga netizen mengatakan pasti Aliff merasa bangga jika mengetahui wajahnya persis pelakon tersebut.


Tidak kurang juga ada yang tidak boleh menerima wajah kedua-kedua mereka seiras. Namun ada berpendapat wajah pelakon Thailand itu lebih kacak dari Aliff Syukri.

Apa pun, memang tidak dapat dinafikan wajah mereka seiras. Betul apa yang dikatakan orang dulu-dulu, dalam dunia ini ada tujuh orang yang berwajah sama.

No comments

Powered by Blogger.