5 Sebab Selalu Tidur Tak Lena - Abang Terlajak Laris


5 Sebab Selalu Tidur Tak Lena


Tidur yang lena dan nyenyak boleh memberi kesihatan dan kesegaran pada tubuh badan. Ini 5 punca kenapa korang selalu tidur tak lena.

1. Banyak fikir

Apabila kita berfikir, minda kita terus berjalan. Jadi, kalau banyak sangat berfikir perkara ini akan mengganggu tidur korang. Seelok-eloknya sebelum tidur, settlekan apa yang patut kemudian tenangkan fikiran. Barulah kita tidur dengan nyenyak.

2. Terlalu penat

Ya, bila kita terlalu penat mata kita akan susah untuk terlelap. Kadang-kadang ambil masa 2 hingga 3 jam juga untuk rasa mengantuk. Jadi, kalau anda mahu tidur dengan nyenyak, elak melakukan aktiviti berat sebelum tidur.

3. Sibuk Bermain Gajet

Antara punca tidur tak lena adalah asyik mengadap skrin gajet. Cahaya dari skrin tersebut boleh menyebabkan mata kita terus aktif dan susah untuk tidur. Jadi, sebelum tidur seeloknya jangan melihat skrin telefon.

4. Persekitaran bilik yang serabut.

Kondisi bilik jugak memainkan peranan penting untuk tidur yang lena. Kalau korang betul-betul nak tidur dengan nyenyak pastikan bilik tidur anda kemas dan selesa. Pastikan juga aliran udara sentiasa segar. Barulah dapat tidur dengan sempurna.

5. Tilam yang tak selesa.

Benda paling penting untuk memastikan tidur yang lena adalah keselesaan tilam. Kalau tilam korang tu tak selesa dan diperbuat daripada bahan-bahan yang tak berkualiti, mesti tidur korang akan terganggu. Silap-silap bila bangun je akan rasa sakit belakang dan sebagainya. Jadi, korang kena pastikan tilam yang korang gunakan itu selesa. Barulah dapat tidur dengan nyenyak dan lena.

Sumber: Era.je

No comments

Powered by Blogger.