Serbuk Colek Ala Thai Boleh Buat Sendiri Di Rumah


Perkongsian Puan Norashikin Ismail.

Bahan:

Cili kering 10 tangkai
Belacan besar ibu jari hiris nipis *
Udang kering segenggam
Gula 6-7 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara:

Mudah saja bahan-bahannya, boleh alter bahan itu ikut kesesuaian. Mungkin ada yang tak makan belacan, jadi kalau tak letak pun tak apa. 

1. Mula-mula, cuci bersih cili kering dan udang kering. Kemudian toskan untuk buang lebihan air.

2. Sediakan kuali dan sangai (goreng tanpa minyak) cili kering, belacan, dan udang kering sehingga kering dan ringan.

3. Kemudian, biarkan bahan tadi sejuk sekejap. Lepas tu, potongkan cili belah dua dan keluarkan bijinya.

4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender untuk dikisar sehingga hancur. Kalau yang suka tekstur kasar, blender kejap saja. Kalau suka halus, boleh blend lama sikit.

5. Akhir sekali, boleh gaul dengan sedikit garam untuk menaikkan lagi rasanya.

No comments

Powered by Blogger.