Datin Seri Nur Shahida Terima Anugerah Nona Home - Grown Award 2018 - Abang Terlajak Laris


Datin Seri Nur Shahida Terima Anugerah Nona Home - Grown Award 2018


Kempen Nona Superwoman yang dibawakan oleh Majalah Nona, terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd meraikan wanita-wanita yang banyak memberi inspirasi serta mempunyai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Hadir dengan tema ‘Inspirasi Wanita Bermula di Sini’, Nona Superwoman Award 2018 mengiktiraf wanita melalui 36 kategori anugerah yang sinonim dengan majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun.

Para penerima anugerah ini bukan saja terdiri daripada golongan selebriti, malah ia merangkumi golongan usahawan, pakar motivasi, ahli sukan, ahli korporat serta ramai lagi.

Antara anugerah lain yabg diberikan adalah anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018, yang diterima oleh Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah Aziz.

Selain itu adalah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Fashionista Award (Rozita Che Wan), Nona Motivator Award (Prof Dr Muhaya), Nona Charity Award (Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah), Nona Royal Award (YM Tunku Kaiyisah), Nona Active Award (Datuk Nicol David), Nona VIP Award (Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina) dan Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof).





No comments

Powered by Blogger.