Pengasas Zumba Dedahkan Zumba Bukan Untuk Kurus! - Abang Terlajak Laris


Pengasas Zumba Dedahkan Zumba Bukan Untuk Kurus!


Pengasas Zumba, Beto Perez, beliau mendedahkan tarian zumba bukan direka untuk menurunkan berat badan, sebaliknya hanya untuk berseronok.

Walaubagaimana pun, Beto tidak menafikan ada peserta yang berjaya menurunkan berat badan dan itu hanyalah kesan sampingan daripada amalan zumba.

Tambahnya lagi, zumba berjaya mengaktifkan hormone endorphin, membuatkan pengamalnya berasa gembira.

Tarian zumba terdiri daripada empat teras iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaetón, dengan setiap teras mengandungi 16 pergerakkan serta 25 variasi.

Dengan semua pergerakkan tersebut, hanya 30 peratus sahaja dikelaskan sebagai pergerakkan kecergasan.

”Falsafah zumba adalah muda, menyeronokkan dan efektif,” kata Perez yang menggambarkan bahawa zumba adalah senaman untuk semua.

”Kadang-kala di kelas, kami mempunyai peserta daripada 3 generasi. Anak, ibu dan nenek. Ssetengah selebriti juga menjadi peserta, seperti Shakira ketika hamil,” katanya lagi.

Sumber: The Jakarta Post

No comments

Powered by Blogger.