4 Jenis Makanan Organik Ini Untuk Kurangkan Kesan Jerawat - Abang Terlajak Laris


4 Jenis Makanan Organik Ini Untuk Kurangkan Kesan Jerawat


Masalah jerawat dan kesan jerawat pada wajah dengan menukar cara pemakanan dulu. Cuba ambil 4 jenis makanan penghapus jerawat ini dan tengok kesannya!

1. Bayam

Sayur bayam mengandungi vitamin A dan vitamin C yang mempunyai aktioksidan untuk mencegah bakteria. Ini kerana bakterialah punca utama kepada masalah jerawat.

2. Lobak

Khasiat lobak lebih kurang sama dengan bayam. Ia turut mengandungi vitamin A yang bagus untuk mengatasi masalah kulit, termasuklah jerawat.

3. Ikan Salmon

Mahal sedikit tapi berbaloi! Salmon bukan saja baik untuk kesihatan badan korang tetapi juga baik untuk kulit. Kandungan lemak Omega 3 di dalam Salmon dapat mengatasi masalah jerawat di samping meningkatkan kolagen.

4. Kunyit

Kunyit bukan sebarang kunyit tau! Ramai yang tidak tahu, kunyit yang biasa menjadi bahan masakan kita mempunyai kandungan anti inflamasi (keradangan dan kemerahan) bagi mencegah jerawat daripada menimbul, berketul dan mendatangkan luka serta kesan pada wajah.

Sumber: www.remaja.my

No comments

Powered by Blogger.