5 Makanan Yang Bagus Untuk Sakit Lutut - Abang Terlajak Laris


5 Makanan Yang Bagus Untuk Sakit Lutut


5 makanan yang bagus untuk sakit sendi, khasnya untuk mengurangkan radang di bahagian sendi lutut dan sebagai anti-oksidan.

1. Soya

Soya kaya dengan isoflavine dan anti-radang.
Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia ataupun ditanam secara organik. Contoh makanan berasaskan soya termasuk lah tempe dan kacang soya itu sendiri.

2. Buah-buahan

Vitamin C merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren dan kiwi.

3. Ikan

Minyak ikan mengandungi omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus.

4. Rempah & Herba

Rempah ratus dan herba seperti kunyit, jintan, kulit kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi.

5. Buah & tumbuhan kaya dengan polyphenol

Polyphenol adalah sejenis bahan yang terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Polyphenol juga adalah anti-oksidan dan anti-radang yang terdapat dalam tumbuhan seperti anggur, lobak ungu dan buah european elderberry. Anti-oksidan dan anti-radang ini penting untuk membantu melegakan sakit sendi.

Sumber: Lelakisihat

No comments

Powered by Blogger.