Jangan Sesekali Lakukan 6 Kesilapan Ini ! Boleh Rosakkan Hubungan Suami Isteri - Abang Terlajak Laris


Jangan Sesekali Lakukan 6 Kesilapan Ini ! Boleh Rosakkan Hubungan Suami Isteri


Nak bina sesuatu hubungan memang mudah. Namun nak kekalkan sesuatu hubungan yang sudah dibina bukanlah semudah yang disangka. Apatah lagi apabila banyak perkara yang kita atau pasangan kita lakukan yang menyebabkan sesuatu hubungan hancur musnah. 

1. Tak perlu lagi nak ingat bekas kekasih korang

Percayalah selagi korang tak boleh nak lupakan bekas kekasih, korang tak akan boleh mulakan hubungan yang baru. Bila masih belum boleh move on, pasti akan timbul ayat seperti "Dulu si A buat macam ni, macam tu" 

2. Terlalu Cemburu

Tak salah nak cemburu sebab cemburu tu tandanya dah sayang. Tapi kalau cemburu tak tentu pasal kan tak bagus. Sebelum nak cemburu buta, kawal dulu emosi dan selidik dulu apa sebenarnya yang terjadi okay?

3. Terlalu Awal Mencurahkan Cinta

Jangan disebabkan korang keliru dan terlalu asyik dengan perasaan yang ada buatkan korang terlalu awal meluahkan perasaan. Ingat! Love is not a feeling but commitment. Kalau rasa tak boleh bagi komitmen, jangan mulakan.  

4. Menipu

Ini paling penting! Jangan sesekali menipu. Hubungan perlukan kejujuran. Walau sakit macam mana sekalipun, cuba untuk berlaku jujur.  

5. Cuba Mengubah

Kita tak akan mampu mengubah sesiapa pun kalau diri mereka tak mahu berubah. Tak salah nak ubah pasangan kita tapi kena dengan caranya. Apa kata cuba terima diri mereka seadanya.  

6. Komunikasi

Komunikasi adalah kunci kepada sesuatu hubungan. Jangan anggap pasangan korang akan faham je gerak geri korang. Cuba cakap dan luahkan apa yang korang rasa. Kan lebih mudah?

Sumber: Eh!

No comments

Powered by Blogger.