6 Tabiat Buruk Boleh Rosakkan Buah Pinggang - Abang Terlajak Laris


6 Tabiat Buruk Boleh Rosakkan Buah Pinggang


Beberapa tabiat yang sering manusia lupa ia membawa kepada keburukan pada tubuh badan.

1. Kurang minum air 

Tugas buah pinggang bergantung kepada aliran cecair yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Antaranya membuang toksin dan bahan buangan seperti tahi keluar dari badan kita. Jika anda tidak minum air yang cukup, bahan buangan dan toksin akan mula berkumpul di dalam badan. Akhirnya ia akan menyebabkan kerosakan teruk pada badan.

2.  Pengambilan gula terlalu tinggi

Gula menyumbang kepada peningkatkan obesiti dan mengalami tekanan darah tinggi serta diabetes yang merupakan sebab utama penyakit buah pinggang.  Bukti menunjukkan bahawa mereka yang mengambil tiga atau lebih minuman bergula sehari lebih terdedah untuk menyebabkan protein keluar melalui air kencing. Jika ia berlaku, ini merupakan tanda awal buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.

3. Kerap tahan kencing

Mungkin bunyi agak jijik tetapi boleh dikatan semua orang pernah melakukan perkara ini. Kadang-kadang anda sedang berada di dalam kenderaan awam, atau sedang berada di tempat kerja dan tidak mahu membuang masa, anda terpaksa menahan kencing. Tahukah anda, menahan kencing dengan kerap boleh menambahkan tekanan yang kemudiannya boleh menyebabkan penyakit batu karang atau kegagalan buah pinggang. Pesanan untuk semua, jangan tahan kencing.

4. Terlalu banyak pengambilan protein daging

Protein haiwan menghasilkan terlalu banyak asid yang tinggi dalam darah yang boleh membahayakan buah pinggang. jadi semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini membawa kepada masalah kerosakan dan puncasakit buah pinggang atau kegagalan secara terus.

5. Tidak cukup tidur

Kekurangan tidur yang kronik juga dikaitkan dengan masalah kesihatan termsuklah penyakit buah pinggang. Semasa kita tidur, badan kita bekerja untuk membaiki tisu buah pinggang yang rosak. Jadi, kekurangan tidur menyebabkan buah pinggang kita sukar untuk sembuh.

6. Penyalahgunaan ubat 

Ubat yang dipreskripsi yang kita selalu ambil untuk menahan sakit sebenarnya sangat tidak baik untuk buah pinggang. Jika anda mengambil  ubat tahan sakit tanpa pengawasan, ia boleh mengakibatkan kerosakan serius padabuah pinggang dan juga kerosakan hati.

Sumber: Siakap Keli

No comments

Powered by Blogger.