Cara Buat Ubat Batuk Guna Bahan Organik - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Ubat Batuk Guna Bahan Organik


Bila batuk menyerang, kadang-kadang rasa macam nak terkeluar kerongkong kita dari mulut. Bukan itu saja! Kalau teruk sangat, sampai susah nak bernafas.

Jika anda memang ada ubat batuk, senanglah; capai saja, tuang dan telan. Tapi jika tiada, anda boleh cuba buat sendiri dengan menggunakan ramuan-ramuan semula jadi. Senang sangat!

Bahan-Bahan:

3 biji lemon
60 ml minyak zaitun
180 ml madu organik

Cara Penyediaan:

1. Perahkan lemon terus ke dalam periuk kecil. 
2. Campurkan minyak zaitun dan madu ke dalamnya.
3. Pasang api sederhana dan kacau seketika supaya campuran larut dan sebati.
4. Alihkan daripada api dan biarkan sejuk. 
5. Tuangkan ke dalam bekas kaca.

Sumber: www.hijabnheels.com

No comments

Powered by Blogger.