Cara Renew Pasport Secara Online Tak Payah Beratur & Tunggu Lama - Abang Terlajak Laris


Cara Renew Pasport Secara Online Tak Payah Beratur & Tunggu Lama


Sebelum anda pergi ke luar negara, penting untuk anda pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh akhir anda balik. Kalau asyik rasa tak sempat dan susah nak keluar ke pejabat imegresen, kini anda boleh memperbaharui pasport Malaysia secara atas talian.

CARA RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE

MyOnline Pasport telah diperkenalkan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia hanya melalui online dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX).

Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:

1. BUKA MYIMMS E-SERVICES

Mula-mula, pergi ke myIMMs e-services di pautan https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

Setelah membaca terma dan syarat, klik butang ‘Agree’ untuk meneruskan proses pembaharuan pasport anda.

2. ISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.

Pastikan anda dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.

3. PILIH CAWANGAN KUTIPAN

Kemudian, anda boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat anda. So, senanglah nak pick up bila dah siap nanti.

4. UPLOAD GAMBAR MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN

Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya background gambar mesti warna putih, baju / tudung warna gelap. Boleh baca selanjutnya di laman web tersebut.

Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu.

5. BUAT BAYARAN

Lepas dah upload gambar tadi, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.

Kadar bayaran adalah seperti berikut
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

6. SIMPAN RESIT

Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

PENTING: Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.

Sumber: siraplimau.com

No comments

Powered by Blogger.