Kalau Mampu Makan Setiap Hari - Doktor Dedah Kelebihan Nenas - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kalau Mampu Makan Setiap Hari - Doktor Dedah Kelebihan Nenas



Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita makan buah nenas, malah disarankan diambil setiap hari. Terutama dari segi kesihatan otak, emosi, serta kecantikan kulit.

Pendedahan kelebihan nenas oleh Dr Rizal Abu Bakar ini. Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh.

1. Kaya Vitamin C

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin yang cantikkan kulit. Vitamin ini penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

2. Kaya Dengan Bromelain

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak-jinaklah dengan nenas.

3. Bekalkan Tenaga Pada Sel Otak

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

4. Vitamin Anti Stress

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

No comments

Powered by Blogger.