'Kalau Sudah Maknya Mintak, Ikhlaskan Je lah Dato...' - Abang Terlajak Laris


'Kalau Sudah Maknya Mintak, Ikhlaskan Je lah Dato...'


Menerusi Instagram, Aliff bertanyakan kepada orang ramai apa yang perlu dilakukannya dan turut memberikan nasihat kepada mereka diluar sana yang mahu mengambil anak angkat kerana bimbang akan terkena perkara yang sama.

“Adakah patut saya buat dan apakah nasib budak tak berdosa ni? Dekat dunia ni banyak orang suka menipu. Nasihat saya kepada mereka yang ambik anak angkat lebih baik putuskan sahaja hubungan dengan mak kandung.

“Sebab selagi mereka ada hubungan dengan kita, kita akan tambah pening walaupun terasa berdosa sebab saya dah alami. Dok baik-baik berwussp kasi pic anak setiap bulan dan kasi mereka jumpa lepas tu kutuk kita belakang.

“Memang kita dah ada surat peguam bagai tapi sebab terlalu memerhati anak dia ni kita rimas. Nasib baik Minah tu mak ayah dia org luar kalau tak jadi benda yang sama. Lain kali dah tahu diri tu sempurna jangan diberi anak kat org lain. Jaga je dari lahir, yang saya ni baik sangat mereka nak jumpa saya kasi sebab kesian lepas tu kita dihina dan dikutuk,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff turut mengingatkan kepada penjaga berkenaan dimana beliau yang selama ini bersusah payah menjaga Qayyum yang sakit ketika bayi sehingga habis ribuan ringgit, namun selepas besar dan sihat mahu mengambilnya kembali.

“Ingat sikit siapa jaga awak dulu?? Waktu awak beranak dan jaga awak siapa bayar?? Bila dah comel sehat lain pulak jadinyaaa… Lain kali mintak masa anak sakit masa separuh buta keluar air mata darah..cost rawat je RM6k…

“Mereka ingat kita ni hotel tempat jaga anak mereka? Kita habis duit bukan sikit nak mengutuk tu lain kali berpada-pada kita jaga anak awak ni sehat walawiat. Untuk makluman semua kebajikan masyarakat siap lawat 2 kali anak-anak awak ni.

“Cek semua okey atau tak ada masalah sehat je. Susu nen tau bukan cap ayam yom minum, sakit hospital swasta. Maid khas jaga anak awak. Awak sesuaka hati komplain. Bukan kita tak tau dia tu ada anak lain dan smua anak dia kasi kat org,” luahnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat dan sokongan kepada Aliff untuk tidak mengalah dan memperjuangkan haknya menjaga Qayyum. Apa pun diharap Aliff bersabar untuk berdepan dugaan ini.



adakah patut saya buat..dan apakah nasib budak tak berdosa ni?? . . Dekat dunia ni byk org suka menipu.. Nasihat saya kepada mereka yg ambik anak angkat lebih baik putuskan sahaja hubungan dgn mak kandung sbb selagi mereka ada hubungan dgn kita kita akan tambah pening walaupun terasa berdosa sbb sy dah alami dok baik2 berwussp kasi pic anak setiap bulan dan kasi mereka jumpa lps tu kutuk kita belakang..memang kita dah ada surat peguam bagai tpi sbb terlalu memerhati anak dia ni kita rimas ..nasib baik minah tu mak ayah dia org luar kalau tak jadi benda yg sama...lain kali dah tahu diri tu sempurna jgn diberi anak kat org lain...jaga jee dr lahir.. yg sy ni baik sgt mereka nak jumpa saya kasi sbb KESIANNN LPS TU KITA DIHINA DAN DIKUTUK.. . . ingat sikit siapa jaga awak dulu?? waktu awak beranak dan jaga awak siapa bayar??.. bila dah comel sehat lain pulak jadinyaaa... lain kali mintak time anak sakit masa separuh buta keluar air mata darah..cost rawat je rm6k... kita ni jaga kucing dari kecik pun kita syg..apakah lagi manusia yg dijaga dari dalam perut ...sesuaka hati jeee kasi dan ambil kalau tau mcm ni jangan wussp saya nak kasi anak tuu... mereka ingat kita ni hotel tempat jaga anak mereka? Kita habis duit bukan skit ...aiyoo .. nak mengutuk tuu lain kali berpada2 kita jaga anak awak ni sehat walawiat.. utk makluman smua kebajikan masyarakat siap lawat 2kali anak2 awak ni...cek smua okey atau tak ada masalah sehat jeee.. susu nen tau bukan cap ayam yom minum, sakit hospital swasta.. maid khas jaga anak awak.. awak sesuaka hati komplain..bukan kita tak tau dia tu ada anak lain dan smua anak dia kasi kat org..
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

No comments

Powered by Blogger.