Penyakit Beguk Boleh Berjangkit Selepas 3 Hingga 5 Hari Mula Bengkak - Abang Terlajak Laris


Penyakit Beguk Boleh Berjangkit Selepas 3 Hingga 5 Hari Mula Bengkak


Perkongsian sangat bermanfaat ini dikongsi oleh Dr Ezairy M.Sallih kepada masyarakat tentang situasi jika ahli keluarga anda terkena jankitan ini.

Ia akan menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar di bahagian pipi disebut sebagai parotid. Penyakit ini mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 5 hari selepas pembengkakan bermula.

Jika anak anda mengalami masalah beguk, apa perlu anda buat?

1. Berikan anak ubat untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan juga sakit di kawasan pembengkakan. Pembengkakan adalah disebabkan oleh masalah kelenjar liur yang membengkak.

2. Berikan air yang cukup kepada anak untuk mengelakkan dehidrasi. Ini kerana anak yang mengalami masalah beguk akan cenderung untuk tidak mengambil makan dan minum akibat sakit.

3. Tidak menghantar mereka ke sekolah dan taska serta tempat-tempat awam. Jangkitan lebih mudah berlaku.

4. Gunakan bungkusan ais atau bungkusan pak air panas untuk mengurangkan kesakitan. Letakkan tuala nipis pada bungkusan untuk melindungi kulit pesakit.

5. Sekiranya anda mendapati saiz beguk semakin membesar dan tidak ada tanda-tanda untuk surut, dapatkan segera rawatan di klinik dan hospital dan doktor. Jangan biarkan di rumah.

Ramai orang kita ini gemar guna cecair seperti nila dan bermacam-macam lagi rawatan tradisi untuk menyusutkan bengkak. Saya tak kata tak boleh nak cuba. Tapi jangan sampai dah bengkak sampai ke tahap tak boleh buka mulut, tak boleh menelan makanan akibat terlalu sakit, masih lagi lakukan perkara-perkara seperti ini. Bahaya!

Adakalanya, rawatan bersama doktor perlu disegerakan.

No comments

Powered by Blogger.