Senak Mata? Amalkan 3 Langkah Ini Untuk Cepat baik - Abang Terlajak Laris


Senak Mata? Amalkan 3 Langkah Ini Untuk Cepat baik


Masalah senak mata selalu terjadi kepada mereka yang :

Kurang tidur
Bekerja pada waktu malam
Duduk dalam kawasan gelap yang terlalu lama
Menghadap skrin komputer atau telefon bimbit yang belebihan.

Jika asyik bermain telefon, anda bukan sahaja akan mengalami senak mata malah pada bahagian belakang leher akan turut berasa letih.

Cara merawatnya:

1. Rehat setiap 20 minit

Kalau anda sedang menulis atau menghadap skrin komputer, berhentilah setiap 20 minit sekali untuk mengelakkan rasa senak mata. Jika sebelum ini anda terlalu fokus bekerja untuk menyiapkan tugasan, fikirkan juga tentang mata anda.

2. Pandang pemandangan hijau yang jauh

Pemandangan yang hijau mampu menyegarkan mata. Cuba lemparkan pandangan sejauh-jauhnya ke luar jendela sama ada ke kawasan padang atau hutan yang berdekatan jika ada.

3. Regangkan otot

Mata berasa senak atau pedih boleh terjadi jika badan terlalu banyak statik atau duduk terlalu lama. Sesekali bangun dari tempat duduk dan lakukan regangan tubuh. 

Sumber: Lelaki sihat

No comments

Powered by Blogger.