Nak Kahwin Meriah Tapi Bajet Rendah, Buat Macam Ini - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Nak Kahwin Meriah Tapi Bajet Rendah, Buat Macam Ini


10 tip jimat dan perkahwinan bajet untuk perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.

1. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik atau guna katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan.

2. Sewa pakaian perkahwinan. 

3. Gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif untuk hiasan pelamin dan hantaran.

4. Buat tempahan pakej perkahwinan ketika promosi atau di pameran perkahwinan. 

5. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).

6. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik.

7. Beli barang kahwin ketika sale memang menjimatkan dan lebih menjimatkan lagi jikalau anda beli secara borong lebih murah.

8. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. 

9. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika 'terlebih' atau 'terkurang'.

No comments

Powered by Blogger.