5 Tips Kurus Mudah Hanya Dari Dapur Rumah Kamu - Abang Terlajak Laris


5 Tips Kurus Mudah Hanya Dari Dapur Rumah Kamu



Tak perlu nak berdiet dan mengikat perut untuk menjadi kurus. Kenapa nak kena susah-susah untuk hire personal trainer kalau anda sendiri pun boleh kurangkan berat badan anda dari dapur rumah kamu sendiri.

1- Minum Air Kosong

Dengan meminum air kosong atau air putih sebelum makan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas air kosong sehari.  Selain dapat membantu dalam proses penurunan berat badan, meminum air kosong juga dapat menjadikan kulit anda lebih flawless dan sihat.

2- Minum Teh Halia

Halia merupakan salah satu herba tradisi yang sering digunakan dalam perlbagai masakan. Jangan tak tahu! Halia juga boleh membantu dalam proses penurunan berat badan, senang je ambil beberapa potong halia dan rebuskan bersama air putih selama beberapa minit dan minum air rebusan tersebut.

3- Madu dan Lemon

Bukan je sedap, malah boleh kuruskan badan lagi! anda perlu tahu yang kombinasi lemon dan madu dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan. Mudah je! campurkan perahan lemon dan dua sudu madu ke dalam air putih dan minum.

4- Aloe Vera

Dengan mengambil minuman jus aloe vera sebanyak 2 atau 3 kali sehari, ia dapat membantu dalam meningkat kadar metabolisme tubuh badan dan dapat membantu proses pencernaan.

5-Allium Sativun atau lebih dikenali dengan bawang putih boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan dengan secara natural kerana mengandungi asid anti-obesity.

No comments

Powered by Blogger.