Minum Air Halia Nak Cantik Dan Turun Berat - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Minum Air Halia Nak Cantik Dan Turun Berat



6 khasiat halia yang dapat membantu anda untuk kelihatan sentiasa cantik dan sihat.

1. Dapat Membantu Membuang Angin  & Toksin

Khasiat utama halia adalah untuk buang angin dan toksin di dalam badan. 

Rendamkan halia sebesar 1 inci di dalam air panas dan biarkan selama 2 minit dan diminum setiap hari untuk kesan yang lebih baik.

2. Dapat membantu melangsingkan Badan

Membantu membuang lemak dan membantu menurunkan berat badan secara semulajadi. 

Hiris halia dengan halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari dan anda pasti dapat merasa perbezaannya. Anda akan dapat merasakan badan anda menjadi lebih ringan dan sihat. 

3. Dapat membantu menghilangkan Bau Badan

Masukkan halia ikut saiz yang anda nak bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur dapat membantu menghilangkan bau badan.

4. Sebagai pemerah bibir

Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir. 

Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan jadikan bibir kemerahan bak delima.

5. Dapat Membantu Menaikkan Seri Wajah

Rendamkan halia yang di ketuk separuh hancur bersama sesudu madu dan air panas didalam gelas. Biarkan selama 2 minit.

Minumlah setiap pagi kerana ia dapat membantu melancarkan  darah  di dalam badan dan membuatkan badan berasa panas sekaligus menaikkan seri wajah. 

6. Dapat membantu meredakan Tekanan

Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. 

Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.


No comments

Powered by Blogger.