6 Panduan Penting Sebelum Melancong Dan Bercuti... - Abang Terlajak Laris


6 Panduan Penting Sebelum Melancong Dan Bercuti...


Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar. 

Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara. 

PERANCANGAN PERCUTIAN 
Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang. 

BAJET SEMASA BERCUTI 
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. 

TEMPAHAN AWAL 
Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda. 

PETA 
Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya. 

PENGANGKUTAN 
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. 
Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat. 

No comments

Powered by Blogger.