6 Tips Kesihatan Diri Sebelum Hari Perkahwinan - Abang Terlajak Laris


6 Tips Kesihatan Diri Sebelum Hari Perkahwinan



Sudah pasti anda tidak mahu di hari bahagia itu nanti, wajah anda kelihatan letih, dan kusam kan. Jadi untuk menjamin tahap kesihatan yang stabil, ayuh tingkatkan lagi tahap kesihatan anda dengan cara yang berkesan. 

TIDUR YANG BERKUALITI 
Kekurangan tidur membuatkan kekuatan badan akan menurun dan mengalami keletihan. Jadi, untuk anda merasa badan lebih segar dan sihat, anda hendaklah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya lapan jam sehari. 

ELAKKAN STRES 
Stres yang berpanjangan membuatkan diri anda tidak menentu dan secara tidak langsung, menganggu emosi anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan lemah dan tidak bermaya di hari persandingan. 

MINUM AIR MASAK 
Sesibuk manapun, jangan dilupa perihal minum. Sekurang-kurangnya ambil 8 gelas sehari untuk menampung dan menjaga selaput lender di hidung dan kerongkong. 

SENAMAN 
Amalkan senaman setiap pagi untuk menjadikan badan lebih sihat. Jika anda abaikan tentunya akan melemahkan system imun diri. Pastinya anda tidak mahu kelihatan lemah pada hari majlis bukan? 

TINGKATKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT 
Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kacang dan jus yang boleh mengatasi gangguan kesihatan anda. 

TERAPI 
Perkara penting beberapa hari sebelum tibanya hari perkahwinan adalah dengan melakukan terapi seluruh badan, seperti Spa, mandian bunga, mandian lulur, berurut, dan sebagainya. Ini akan memerikan tubuh anda lebih segar, sihat dan menghilangkan tekanan.

No comments

Powered by Blogger.